Thursday, February 3, 2022

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA

PENGENALAN 
.
Halal bermaksud dibenar dan tidak dilarang oleh Allah subhanahu wa taala. Ia bukan sahaja berkait dengan makanan dan minuman, tetapi juga berkait dengan pakaian, alat-alat perhiasan, kosmetik dan sebagainya. 
.
Mengguna atau menikmati makanan dan barangan halal adalah tuntutan Allah subhanahu wa taala ke atas manusia terutama kaum muslimin. Allah subhanahu wa taala berfirman di dalam al-Quran dalam surah al-Maidah ayat 88: 
.
“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah subhanahu wa taala kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman.” 
.
Terdapat riwayat dari Rasulullahi sallallahu alaihi wassalam yang menegaskan; 
.
“Menuntut (mencari) yang halal wajib ke atas setiap orang Islam.” (Riwayat Imam ad-Dailami dalam musnad al-Firdaus dari Anas radiallahu anhu. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya Hasan. Lihat al-Jami’ as-Saghier, hadis no 5270). 
.
“Mencari yang halal adalah satu jihad.” (Riwayat Imam al-Qadha’ie dari Ibnu ‘Abbas radiallahu anhu dan Ibnu Nu’aim dari Ibnu ‘Umar. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini dhaoif. Lihat al-Jami’ as-Saghier, hadis no 5273). 
.
Oleh kerana kewujudan makanan dan barang-barang di pasaran bergantung kepada pengeluaran, maka kewujudan syarikat-syarikat yang mengeluarkan makanan dan barangan halal merupakan tuntutan syarak. Tuntutan ini tergolong di dalam fardhu kifayah. Begitu juga memperniagakan barangan halal juga merupakan fardhu kifayah. 
.
KONSEP ASAS HALAL DAN HARAM DI DALAM ISLAM. 
.
Rasulullahi sallallahu alaihi wassalam menjelaskan konsep asas halal dan haram ini di dalam Islam dengan sabda baginda; 
.
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (samar-samar antara halal dan haram) yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (samada halal atau haram). Oleh itu sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, maka dikuatiri binatang-binatang ternakannya akan masuk (dan makan rumput) di dalam kawasan larangan itu. Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangan, dan kawasan larangan Allah subhanahu wa taala ialah segala yang diharamkan olehNya. Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika baik seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah! Seketul daging yang aku maksudkan itu ialah hati.” (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bhukari dan Muslim dari Abi Abdillah an-Nu’man bin Basyir rahmatullahi alaihi). 

Dari hadis di atas kita dapat mengambil beberapa ketetapan hukum: 
.
1. Yang halal dan yang haram adalah jelas di dalam Islam. 
Penetapan halal dan haram di dalam Islam adalah terang dan jelas. Setiap butiran yang halal dan yang haram terkandung di dalam al-Quran dan juga as-Sunnah. Oleh yang demikian, setiap umat Islam WAJIB merujuk kepada ulamak yang mengetahui ilmu al-Quran dan as-Sunnah untuk mengetahui apa yang halal dan apa yang haram. Lebih utama untuk melakukan rujukan tersebut ialah para pengeluar dan para peniaga kerana kesilapan mereka akan turut membabitkan orang lain dalam menikmati makanan atau barangan yang haram atau tidak halal. 
.
Menurut ulamak, halal atau tidaknya sesuatu makanan atau barangan itu bergantung kepada 2 faktor: 
.
a) Zat makanan dan barangan itu sendiri hendaklah tidak tergolong dalam perkara yang dikategorikan haram oleh syarak. 
b) Sekalipun zat sesuatu makanan dan barangan itu halal, namun jika diperolehi dengan jalan riba, penipuan dan sebagainya, maka ia adalah haram di sisi syarak. 
.
Lebih terperinci, semua makanan dan barangan yang hendak diisytiharkan halal hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut; 
.
a) Ia tidak mendatangkan mudarat kepada akal dan badan. 
b) Ia bebas dari najis. 
c) Ia bukan produk yang diperolehi dari sumber babi dan anjing. 
d) Bagi produk yang diperolehi dari sumber binatang-binatang lain yang halal dimakan (khususnya binatang darat) hendaklah dipastikan ianya disembelih mengikut hukum syarak. 
e) Ia diperolehi melalui sumber yang diharuskan. 
.
Dalam pengeluaran barang-barang halal, para pengeluar hendaklah memastikan bahan mentah dan ramuan yang digunakan hendaklah halal. Binatang yang halal untuk dimakan seperti lembu, kambing dan sebagainya mestilah disembelih mengikut hukum Islam, di mana penyembelihannya dilakukan oleh orang Islam dengan mematuhi syarat-syarat penyembelihan yang ditetapkan. 
.
2. Jauhi yang syubhat. 
Di persimpangan antara yang halal dan haram tersebut terdapat yang samar-samar yang belum pasti statusnya; apakah ianya halal atau haram, iaitu perkara-perkara syubhat. Langkah terbaik menurut Rasulullahi sallallahu alaihi wassalam ialah dengan meninggalkannya. Sebagai seorang Islam yang ingin memperbaiki diri dari masa ke semasa, adalah tidak wajar kita mengambil risiko memasukkan sesuatu makanan yang diragui kehalalannya , kerana “ … yang halal dihisab dan yang haram diazab … “ dan lagi bila sesuatu makanan yang diragukan kesuciannya kita makan, maka ia perlu dibersihkan samada di dunia ini atau dibersihkan selepas mati. 
.
3. Hubungkait antara halal-haram dengan hati. 
Di hujung hadis, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam menyebutkan tentang “HATI” dan pengaruhnya terhadap perlakuan manusia samada baik atau buruk. Hubungkait ini boleh kita jelaskan dengan 2 tafsiran” 
.
a) Kesedaran untuk menjaga halal dan haram bergantung kepada hati yang bersih. Hanya orang yang memiliki hati yang bertaqwa dan takutkan Allah subhanahu wa taala akan memerhatikan makanan atau barangan yang dimakannya. Bagi mereka perkara utama yang dititikberatkan adkah makanan tersebut boleh menjejaskan “SPIRITUAL” mereka. Adapun orang fasik dan memiliki hati yang kotor, baginya tidak penting samada rezeki yang dinikmati halal atau tidak; yang penting adalah memenuhi selera dan nafsu ammarahnya. 
.
b) Bersih dan suci hati berkait dengan makanan dan penggunaan barangan yang halal. Jika seseorang itu sentiasa melazimi yang halal, akan terjagalah hatinya. Akan tetapi jika ia mula terlibat dengan yang haram, akan kotor dan rosaklah hatinya. 
.
PENTINGNYA MAKANAN YANG BERSIH DAN SUCI 
.
Islam amat mementingkan kebersihan. Kebersihan yang dituntut oleh Islam merangkumi kebersihan lahiriyah dan kebersihan rohaniyah. Kebersihan lahiriyah ialah dengan memastikan pakaian dan tubuh badan sentiasa dalam keadaan bersih terutamanya untuk beribadah. Oleh yang demikian, umat Islam perlu memastikan produk yang mereka gunakan pada badan mereka samada berupa pakaian, minyak wangi, syampu, ubat gigi, kosmetik dan sebagainya dibuat dari bahan-bahan yang bersih dan tidak najis. 
.
Allah subhanahu wa taala berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 222; 
.
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri (dari kotoran dan najis).” 
.
Allah subhanahu wa taala menjelaskan di dalam ayat di atas bahawa ia menyukai orang-orang yang suka bertaubat dan membersihkan diri. Maka mafhum mukhalafah (yakni pemahaman sebaliknya) dari ayat tersebut ialah; orang yang banyak melakukan dosa dan tidak menjaga dirinya dari najis dan kekotoran, ia akan dibenci oleh Allah.
.
Dalam sebuah hadis, Rasulullahi sallallahu alaihi wassalam menegaskan; 
.
“Tidak diterima solat tanpa bersuci.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah)
.
Telah disepakati (atau diijmakkan) oleh para ulamak bahawa bersuci yang menjadi syarat sahnya solat itu merangkumi bersuci dari najis disamping bersuci dari hadas. Oleh yang demikian, memakai atau membawa produk-produk yang diperbuat dari najis atau yang mempunyai unsur-unsur bahan najis dalamnya akan menyebabkan tidak sah solat. 
.
Bersuci batiniyah pula ialah dengan mengelak dari terjerumus dalam dosa termasuk dalam hal makan-minum. Menikmati makanan yang haram atau tidak halal merosakkan batin seseorang kerana ia telah melakukan dosa kepada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullahi sallallahu alaihi wassalam menegaskan: 
.
“Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya. (Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawiah dari ‘Atak dari Ibnu Abbas radiallahu anhu). 
.
MELAZIMI YANG HALAL AKAN DIMUSTAJABKAN DOA 
.
Seorang sahabat bernama Saad bin Abi Waqqas radiallahu anhu pernah memohon kepada Rasulullahi sallallahu alaihi wassalam: 
.
“Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar aku dimustajabkan doa.” Lalu Rasulullahi sallallahu alaihi wassalam berkata kepadanya: “Wahai Saad! Perelokkanlah makanan kamu, nescaya kamu akan dimustajabkan doa. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya seorang itu apabila telah menyuapkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya, nescaya tidak akan diterima doanya oleh Allah selama 40 hari. Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging dari badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya.” (Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawiah dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas radiallahu anhu) . .
.
Dalam sebuah hadis Riwayat Imam Muslim, Rasulullahi sallallahu alaihi wassalam pernah bercerita tentang seorang lelaki yang kesusahan kerana jauh mengembara, rambutnya kusut masai dan tubuh badannya berdebu, ia memohon kepada Allah dengan menyeru; 
.
“Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Sedang makanan yang dimakannya adalah haram, minuman yang diminumnya juga haram serta pakaian yang dipakainya juga haram, malah ia diberi makan dengan yang haram, maka bagaimana hendak diperkenankan oleh Allah doanya? (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah radiallhu anhu)
.
SIKAP UMAT AKHIR ZAMAN 
Dalam sebuah hadis, Rasulullahi sallallahu alaihi wassalam telah meramalkan keadaan umat akhir zaman yang tidak mengambil berat soal halal dan haram, dosa dan pahala. Baginda bersabda: 
.
“Akan tiba satu zaman di mana seseorang itu tidak menghiraukan dari mana datang hartanya; apakah dari yang halal atau dari yang haram.” (Riwayat Imam al-Bukhari dan an-Nasai dari Abu Hurairah radiallahu anhu) 
.
Salah satu mudarat dosa ialah ia menghalang keluasan rezeki sebagaimana sabda Rasulullahi sallallahu alaihi wassalam ; .
.
“Sesungguhnya seseorang itu akan terhalang dari rezeki kerana dosa yang dilakukannya.” (Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah, al-Hakim dari Thauban radiallahu anhu; al-Jami’ as-Saghir, Imam Suyuti, hadis no 1975.) 
.
Seorang ulamak Islam terkenal iaitu al-‘Allamah Ibnul Qayyim al-Jauziyah telah menyenaraikan lebih 15 kemudaratan yang bakal menimpa manusia kerana dosa itu: 
.
1. Kurang mendapat petunjuk dari Allah, 
2. Rosaknya pandangan dan akal fikiran, 
3. Terhijab diri dari mengenali kebenaran, 
4. Hati menjadi rosak, 
5. Rendah sebutan nama di mata manusia lain, 
6. Waktu dalam kehidupan menjadi sia-sia, 
7. Tidak disukai oleh makhluk Allah, 
8. Hubungan dengan Allah menjadi ranggang, 
9. Doa tidak akan dimakbulkan Allah, 
10. Hati menjadi keras, 
11. Tidak ada keberkatan pada rezeki dan umur, 
12. Terhalang dari mendapat ilmu, 
13. Hidup berterusan dalam keadaan hina-dina, 
14. Akan dihina dan diperlekehkan oleh musuh, 
15. Dada sentiasa sempit dan resah, 
16. Diuji oleh Allah dengan teman dan kawan yang jahat, 
17. Sentiasa dalam keadaan dukacita dan kebimbangan, 
18. Kehidupan dan rezeki menjadi sempit, 
19. Fikiran sentiasa resah dan tidak tenteram, 
.
(Rujuk kitab al-Fawaid oleh al-‘Allamah ibnul Qayyim al-Jauziyah) 
.
DOA RASULULLAH DI WAKTU PAGI 
.
Menurut Ummu Salamah radiallahu anha (salah seorang isteri Rasulullahi sallallahu alaihi wassalam ); Nabi apabila berada di waktu pagi akan membaca berdoa: 

“Ya Allah wahai TuhanKu! Aku memohon dari Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.” (Riwayat Imam Ibnu Majah, lihat al-Azkar, Imam an-Nawawi) 
.
Waktu pagi adalah permulaan hidup kita. Pada waktu pagi manusia biasa merancang apa yang hendak dilakukan pada hari yang bakal ia lalui. Dalam doa di atas, Rasulullahi sallallahu alaihi wassalam mengajar kita supaya memfokuskan 3 perkara untuk kita capai dalam perjalanan hidup kita seharian, salah satu darinya ialah rezeki yang baik iaitu rezeki yang bersih dan halal serta diberkati Allah. 
.
Doa di atas bukan sahaja perlu dijadikan amalan harian, malah perlu menjadi motivasi kepada pengeluar, pengusaha dan peniaga muslim untuk lebih menggiatkan usaha mengeluar dan memperniagakan produk-produk halal khususnya yang berkait dengan makanan dan barang-barang kegunaan harian kerana usaha tersebut membuka medan seluas-luasnya kepada kaum muslimin untuk dapat menikmati rezeki yang baik (yang bersih, halal dan diredhai Allah) sehingga tidak ada alasan lagi untuk mereka terlibat dengan yang haram. 
.
YANG HALAL DIHISAB, YANG HARAM DIAZAB

Tuesday, December 7, 2021

ActivePlusDermags

PRODUK ACTIVE PLUS DerMags


KEKALKAN KESIHATAN DENGAN ACTIVE PLUS

HANYA 1 SACHET SEHARI SUDAH MENCUKUPI



Pengenalan

Idea Acitve Plus ini diilhamkan selepas melihat ramai orang yang terkena penyakit. Rakyat membelanjakan banyak wang untuk kesihatan.

Syarikat kami telah menghasilkan idea inovatif yang bernas untuk mengurangkan kesan beban ini. Pasukan R&D kami menumpukan pada topik ini sejak 2012.

Kami telah menghasilkan makanan tambahan semulajadi berasaskan mineral surih, nutrien & vitamin. Sasaran utama adalah untuk meningkatkan sistem imun kepada parameter maksimum.

Oleh sebab itu kepakaran Dr Mariani Abdul Hamid sebagai Founder Dermags Skincare amat diperlukan bagi merealisasikan impian ini.

Hasil gabungan idea Dr. Nik Ahmad Tajuddin dan Dr Mariani Abdul Hamid, melalui R & D, maka terhasillah ACTIVE PLUS yang amat luar biasa ini.


Dr Mariani Abdul Hamid
Founder Dermags Skincare & Active Plus


Dr Nik Ahmad Tajuddin
Founder Active Plus

Apa itu Active Plus?

Active Plus ialah makanan berfungsi yang dirumus khas yang diperoleh daripada mineral surih, nutrien & vitamin. Yang secara tradisinya digunakan untuk kesihatan umum.

ActivePlus ialah komposisi biokimia yang unik, kaya dengan mineral surih, nutrien & vitamin.

Penyelesaian kami telah memfokuskan untuk mencapai garis halus mendapat cukup mineral surih, nutrien & vitamin sebagai diet yang sihat.

Formula itu diadun, diikat & dipasang dalam proses pengekodan & penyahkodan yang sangat kukuh untuk mengekalkan fungsi asalnya dalam rantai kimia mereka.

Mineral surih, nutrien & vitamin sering dipanggil mikronutrien kerana badan kita hanya memerlukan sejumlah kecil daripadanya. Namun gagal mendapatkan walaupun kuantiti yang kecil itu hampir menjamin penyakit.

Sama seperti kekurangan mikronutrien utama boleh menyebabkan kemudaratan yang besar kepada tubuh kita, mendapatkan kuantiti yang mencukupi boleh memberikan manfaat yang besar.

Badan kita perlu melaksanakan beratus-ratus peranan dalam badan kita terutamanya menukar kepada tenaga dan membaiki kerosakan selular.



KANDUNGAN

Active Plus adalah makanan tambahan difomulasi daripada bahan-bahan semulajadi, diperkaya dengan MINERAL dan VITAMIN C serta mengandungi ANTIOXIDANT yang diperlukan untuk membantu KESIHATAN dan KECERGASAN TUBUH BADAN.

Active Plus juga diperkaya dengan GARAM MINERAL yang berbeza seperti MAGNESIUM, ZINC, IRON, COOPER, POTASSIUM, SELENIUM, MOLYBDENUM & IODINE

Active Plus ditambah frekuensi sebagai MENSTABILKAN FREKUENSI DI DALAM TUBUH BADAN, MENYEMBUHKAN IMUNITI serta MEMELIHARA KESIHATAN TUBUH BADAN SECARA TOTAL

RO Water, Ascorbic Acid (vitamin C), L-Cysteine, Stevia Rebaudiana extract, prunus persica (Peach) extract, Calcium, Magnesium, Zinc, Iron, Copper, Potassium, Selenium, Molybdenum and Iodine.

Siapa yang perlukan Active Plus?

Orang yang menjaga kesihatan umum, yang ingin menikmati kehidupan mereka walaupun sentiasa sibuk dengan pelbagai tanggungjawab.

Penyelesaian kami adalah pepejal dengan diet sihat yang seimbang untuk memastikan sistem kami melaksanakan beratus-ratus peranan dalam badan kita.


Kenapa kita perlukan supplement ini?

Dalam dunia yang ideal, kita tidak memerlukan sebarang suplemen, makanan kita akan membekalkan kita dengan semua vitamin dan mineral yang kita perlukan.

Tetapi kita tidak hidup dalam dunia yang ideal, bukan?

Memandangkan jenis makanan yang kita makan (yang kebanyakannya dicemari) dan jumlah tekanan yang kita alami dalam kehidupan seharian kita, kita memerlukan makanan tambahan untuk berfungsi secara optimum.

Perkara yang paling penting yang perlu kita ketahui termasuk yang berikut:

1. Oksigen

2. Air

3. Makanan (Kepentingan Vitamin, Nutrien & Mineral)

4. Tempat perlindungan

5. Tidur


20 Kelebihan Active Plus

  • ANTI – OKSIDA
  • ANTI – FUNGAL
  • ANTI – KERADANGAN
  • ANTI – TUMOR
  • ANTI – KANSER

·         1. Menggalakkan Sistem Imun

·         2. Mengawal Paras Kolestrol dan Gula

·         3. Meningkatkan Kesihatan Jantung

·         4. Mengurangkan Simptom Gout

·         5. Membantu Mengurangkan Kandungan Gula Dalam Badan

·         6. Membantu Menangani Masalah Saraf

·         7. Membantu Membuang Toksid Dalam Badan

·         8. Membantu Menormalkan Tekanan Darah

·         9. Membantu Meningkatkan Imunisasi Badan

·         10. Membantu Membaiki Kesihatan Kulit

·         11. Membantu Meningkatkan Tenaga & Kecergasan

·         12. Membantu Menyegarkan Otak dan Mata

·         13. Membantu Mengurangkan Tekanan / Depression

·         14. Membantu Mencegah Osteoporosis

·         15. Membantu Menangani Masalah Pundi Kencing

·         16. Membantu Mempercepatkan Penyembuhan Luka

·         17. Membantu Meningkatkan Metobolisme Tubuh

·         18. Membantu Membaiki Sel Struktur Tubuh.

·         19. Membantu Meningkatkan Fungsi Hati dan Ginjal

·         20. Membantu Meningkatkan Kesihatan Secara Menyeluruh.

APA BERLAKU KEPADA MOLUKEL DARAH SEBELUM & SELEPAS PENGAMBILAN ACTIVE PLUS DERMAGS?

TESTIMONI PUN BUKAN ALANG KEPALANG. DENGAR & FAHAMILAH

Sayang Jantung & Peliharalah Pucuk

Dah Boleh Bangun Masak & Makan

Terlantar Lama, Dah Sihat... Datang Program & Suami Bawa Tongkat

Gout Dah Lari!!!!

*PENAFIAN: Keberkesanan produk ini bergantung kepada kesesuaian individu. Setiap hasil dari penggunaan adalah berbeza bagi setiap individu. Produk ini akan memberi kesan terbaik sekiranya pengguna mengamalkan dengan cara betul berdasarkan banyak testimoni yang diperolehi.

Harga Active Plus

Produk yang hebat ini sepatutnya harganya jauh lebih mahal setanding dengan khasiat Mineral, Nutrisi dan Vitamin yang lengkap untuk tubuh badan kita disamping keupayaannya menguatkan sistem immune melawan penyakit serta pada masa yang sama agent DNA dalam Active Plus akan memulihkan sel-sel organ yang rosak akibat cara pemakanan kita yang tidak baik sehingga mengundang penyakit.

Berapa harga yang patut kita beri pada Active Plus?

RM1000

RM800

RM500

RM300

Harga Active Plus ialah RM300 sekotak di awal pelancarannya pada bulan Jun 2021

Ramai yang nak consume Active Plus tetapi mereka hendakkan harga yang lebih mampu milik.

Oleh kerana itu, atas rasa tanggungjawab dan prihatin Founder Active Plus akhirnya bersetuju menurunkan harga Active Plus kepada RM150 sekotak pada 20 Oktober 2021 sempena pelancaran Sistem Dermags Internasional.

Kini...

RM150 sekotak

Dapatkan produk Active Plus ini SEGERA dengan harga mampu beli dah sekarang….

Atau terus baca tawaran-tawaran kami di bawah.

Admin ada tawaran istimewa. ANDA boleh dapat harga istimewa iaitu RM125 je sekotak… dengan syaratnya  membeli pakej di bawah dulu:

PAKEJ BASIC

RM150

1 Kotak ACTIVE PLUS
(50 PV)

PAKEJ PRO
RM450

3 Kotak ACTIVE PLUS
(150 PV)


PAKEJ ELITE

RM1,050

7 Kotak ACTIVE PLUS
(350 PV)

PAKEJ MASTER
RM2,250

15 Kotak ACTIVE PLUS
(750 PV)


NAK SENANG LAGI?
DAFTAR SECARA ONLINE
SEBELAH KANAN PENAJA ANDA
SEBELAH KIRI PENAJA ANDA
SEMUGA ANDA YANG MEMBACA SEHINGGA AKHIRNYA DIRAHMATI ALLAH SWT DENGAN KESIHATAN YANG BERPANJANGAN DAN DIBERKATI HIDUP ANDA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. AMEEN.

Sunday, May 10, 2015

PERUBATAN NABAWI TETAP MENGATASI PERUBATAN YANG LAIN.

Mengikut perubatan Islam; TALI PUSAT tidak di potong terlalu awal sehinggalah tali pusat tersebut sudah tidak berdenyut dan kempis disamping semua uri telah dikeluarkan; baharulah tali pusat dipotong. Cara begini akan menjamin akan IMUNITI anak akan kekal TINGGI disamping bahagian STEM CELL di dalam uri dapat disalurkan sepenuhnya kepada anak tersebut. Tidak perlu kepada tambahan rawatan dari luar.

Di bawah ini adalah petikan daripada satu laman web  Womanday yang mendapati amalan memotong tali pusat terlalu awal yang di amalkan semenjak 1950 dalam dunia perubatan alopati adalah tidak sesuai.

Something That Always Happens Right After Birth Is About To Change Forever

Is this the end of the birthing process as we know it?



After 10 years, midwife Amanda Burleigh has finally succeeded in her fight to change the guidelines for cutting off the umbilical cord after birth.
Since the 1950s, the standard for cutting the umbilical cord required that it be cut within seconds of the baby's birth. This has been considered best practice as it is meant to reduce the risk of the hormonal injection—given to the mother to stop hemorrhaging—from reaching the baby's blood stream and causing health issues. However, since the drug has been replaced with a safer alternative, Burleigh has questioned whether or not this practice should remain in place.
Over the past decade, the midwife has sought to change this method, insisting that the baby be kept attached to its mother longer. She followed her hunch, that the umbilical cord should not be cut while it is still pulsating with blood, with medical research that provided solid evidence that she was right.


Burleigh's original thought was that cutting the cord too soon deprived the newborns of vital blood cells from the placenta. With the help of a group of fellow medical experts, evidence was found that the standard practice for cutting the cord could deprive a baby of one third of its blood stock. It was also linked to an increased risk of iron deficiency anaemia, which can lead to cognitive learning delays.Despite backlash, criticism and disapproval from countless colleagues, Burleigh pushed foward on her mission. Finally, her work has paid off. The National Institute for Health and Care Excellence (NICE) has officially changed the guidelines for cutting umbilical cords to now state that doctors and midwives should not routinely cut the cord "earlier than one minute from the birth of the baby." It also suggests that the wait last anywhere from one to five minutes, or longer per the mother's request.
Burleigh, who was recently named Midwife of the Year by the British Journal Of Midwifery, believes this is best for newborns. Writing for The Telegraph she even called it "common sense," adding that "I think we'll look back in years to come and realize that immediate cord clamping was not a good idea."