Saya seorang AHLI PERHIJAM, Aktif dalam menjalankan kursus-kursus DIAGNOS SARAF TAPAK TANGAN dan LIDAH, IRIDOLOGI, BEKAM ALHIJAMAH, PEMBETULAN TULANG BELAKANG, dan sebagai PERUNDING KESIHATAN PERUBATAN HOLISTIK dengan PUSAT TERAPI DE IEMAN.
Saturday, December 17, 2011
AKUPUNTUR
Pada jarum-jarum halus tersebut sudah tersedia magnetik iaitu kuasa ubat terhadap jarum tersebut. Hal ini membolehkan pesakit berasa seperti berdenyut-denyut, kebas, berat dan bengkak apabila jarum tersebut ditusuk pada sesuatu titik pada badan.
Terdapat 365 titik akupuntur utama dan lebih 1,000 titik akupuntur luar biasa pada tubuh manusia. Sebahagian besar titik akupuntur tersebut digabungkan kepada 12 meridian yang mengawal sistem tubuh.
Seorang penyelidik kesakitan terkemuka, iaitu Dr. Ronald Melzack menyatakan bahawa tekanan pada titik-titik berkaitan dengan pola kesakitan dan sesuatu ransangan yang singkat tetapi berkeamatan tinggi dapat melegakan kesakitan. Selain itu penyelidikan saintifik akupuntur di Amerika Syarikat yang menunjukkan otak mengeluarkan endokrin yang boleh melegakan kesakitan secara semula jadi semasa rawatan akupuntur.
Rawatan melalui akupuntur mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat menyembuhkan banyak penyakit seperti gangguan dalam sistem pernafasan, gangguan sistem pencernaan seperti gastrik, sembelit. Selain itu, penggunaan kaedah rawatan akupuntur juga berkesan pada penyakit yang membabitkan disfungsi proses fisiologi sakit kepala, paru-paru, masalah haid dan masalah saraf.
Di Britain, para doktor telah menggunakan kaedah akupuntur bagi merawat sakit kepala dan migrin dengan jayanya apabila 80% daripada pesakit tersebut sembuh dengan sepenuhnya.
Disamping itu, beberapa orang doktor yang telah menyaksikan pembedahan menggunakan kaedah akupuntur mengakui bahawa di negara China rawatan akupuntur bukan sahaja tertakluk pada disfungsi proses fisiologi tetapi juga pada jenis penyakit yang memerlukan rawatan seperti pembedahan caesarean, tumor, pembedahan gigi dan paru-paru pesakit.
Kesemua pesakit berada dalam keadaan sedar dan tidak menerima sebarang ubat anestetik, hanya jarum akupuntur yang dirangsang dengan elektrik dimasukkan ke dalam kulit pesakit.
Benarlah sabdaan Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam, bahawa SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA dan BILA KAMU SAKIT BERUBATLAH, TETAPI JANGAN GUNAKAN YANG HARAM.
Sent from my iPad (Ramly)
Friday, November 11, 2011
Produk VIGOR
2. Mengembalikan keremajaan
3. Meningkatkan prestasi kegiatan seksual lelaki
4. Membantu meningkatkan perjalanan darah pada organ seksual lelaki.
5. Menjadikan ereksi zakar lebih selesa
6. Membantu lelaki yang mengalami masalah ‘erectile dysfunction’ (ED) / disfungsi erektil.
7. Meningkatkan tahap kepekatan sperma
8. Memanjangkan tempoh pergerakan sperma
KHASIAT HERBA BUTEA SUPERBA (VIGOR)
1. Tumbuhan herba Butea superba tumbuh di India, Thailand dan juga di Asia Tenggara. Dikenali sebagai ‘Red Kwao Krua’ di kalangan masyarakat Thailand, tumbuhan herba ini telah lama digunakan secara tradisional untuk meningkatkan prestasi kegiatan seksual lelaki.
2. Herba Butea superba ini didapati dapat meningkatkan aktiviti androgenik, di mana aktiviti androgenik ini sangat penting dalam perkembangan sistem pembiakan lelaki. Antara contoh hasil aktiviti androgenik ini termasuklah pertumbuhan bulu-bulu di badan, perkembangan organ pembiakan lelaki dan juga pembentukan jisim otot yang lebih pejal berbanding otot wanita.
3. Khasiat tumbuhan herba ini menyamai kapsul ‘viagra’ yang berfungi untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Istimewanya, herba Butea superba ini membantu menggalakkan perjalanan darah ke dalam organ seksual lelaki tanpa memberi kesan mempercepatkan kadar denyutan jantung, gementar atau letih, sekaligus menjadikan ereksi zakar lebih selesa.
4. Menurut kajian saintifik, penggunaan tumbuhan herba ini secara berterusan dapat mengembalikan keremajaan dan membantu merawat masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan. Sediaan daripada tumbuhan herba ini didapati dapat membantu meningkatkan fungsi ereksi di kalangan lelaki yang mengalami masalah ‘erectile dysfunction’ (ED) / disfungsi erektil tanpa memberi kesan toksik.
5. Herba Butea superba juga dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap kepekatan sperma dan juga memanjangkan tempoh pergerakan sperma di mana ia merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kesuburan lelaki.
6. Secara konklusinya, herba Butea superba sememangnya herba yang sangat berguna untuk penjagaan kesihatan lelaki.
Wednesday, September 14, 2011
Tuesday, September 13, 2011
AWAS! BELI TEPUNG YANG HALAL
ALTERNATIF KEPADA TEPUNG GANDUM SEDIADA:
http://bidaraflour.blogspot.com/
PEKERJAAN YANG PALING BAIK
Nabi s.a.w pernah ditanya; ”Apakah pekerjaan yang paling baik di sisi Allah SWT?” Baginda menjawab; ”Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap jual beli atau perniagaan yang mabrur (yang diredhai Allah SWT)”.
HALAL, HARAM & SYUBHAT
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhat, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia.
Sesiapa yang menjaga dirinya dari segala yang syubhat, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhat, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram. …..”
PESAN IMAM AL GHAZALI
“JIKA KITA INGIN ANAK KITA MENJADI SOLEH, BIJAKSANA DAN BERGUNA, BERIKANLAH IA MAKANAN DARIPADA REZEKI YANG HALAL SEJAK IA LAHIR.
MAKANAN YANG HALAL SELAIN MENJADIKAN ANAK KITA BERGUNA, BOLEH MENJADIKAN MENTAL MEREKA PINTAR DAN CERDAS.
SEBALIKNYA ANAK AKAN MENJADI DERHAKA TERHADAP KITA JIKA IA DIBERIKAN MAKANAN YANG HARAM DAN KOTOR.”
Thursday, August 25, 2011
Saturday, July 16, 2011
KESEMBUHAN ITU MILIK ALLAH
Mata pesakit semasa mula-mula datang untuk membuat rawatan pada 08 OKT, 2008
Perubahan yang besar telah berlaku kepada mata pesakit setelah menjalani perawatan dengan kaedah PERUBATAN JAWI di PUSAT RAWATAN NURUL IMAN [SKRG RUMAH SIHAT THIBBULJAWI] di HULU LANGAT. Gambar IRIDOLOGI ini di ambil semasa pesakit datang membuat rawtan susulan pada 19 JUN, 2011.
Saturday, July 9, 2011
TARIQAT DAN SYARIAT
Seperti yang pernah dijelaskan oleh ulama, Tariqat hanyalah suatu cara atau wasilah untuk mempertingkat iman dan menghampirkan diri kepada Allah menerusi latihan dan amalan yang berdasarkan pada petunjuk Syariat.
Dalam pengertian lain, Tariqat berdiri di atas Syariat. Tanpa Syariat tidak mungkin ada Tariqat. Oleh itu pengasas Tariqat yang benar adalah orang-orang yang tinggi ilmu syariatnya, tinggi pula martabat takwa dan warak serta ikhlas beramal kerana Allah.
Hanya sesudah mendalami segala segi ilmu Syariat barulah seseorang itu layak meneroka ilmu Allah yang lain. Hanya dengan sendi ilmu Syariat yang kukuh, barulah seseorang itu akan terpelihara dari kesesatan ketika ia meneroka ilmu lain di sebalik ilmu Allah yang zahir.
Para Aulia adalah orang-orang yang dikurniai Allah dengan sebahagian ilmu-Nya yang maha luas dan yang tidak diberi kepada kebanyakan orang lain.
Di antara kesan atau ganjaran dari usaha mendekati dan menerokai ilmu Allah itu, para Aulia itu dikurniai Karamah oleh Allah, seperti Allah mengurniakan Mukjizat kepada para Rasul dengan kudrat dan iradat-Nya jua.
Berhubung dengan Tariqat yang diasaskan oleh para Aulia itu, telah dirumuskan bahawa Tariqat yang benar hendaklah berupa zikrullah yang diajarkan atau diterima secara langsung dari Rasulullah s.a.w.
Oleh kerana Tariqat dikenal hanya sesudah Nabi s.a.w. wafat, maka timbullah pertanyaan bagaimana Rasulullah s.a.w. yang telah wafat boleh memberikan zikir atau wirid Tariqat itu kepada sesiapa.
Untuk menyampaikan zikir itu pula pertemuan secara lansung harus berlaku di antara penerimanya dengan Rasulullah s.a.w. Maka timbul pula pertanyaan, apakah pertemuan itu berlaku dalam mimpi sahaja atau ketika penerima itu dalam keadaan jaga?
Dalam senarai kisah Karamah para Aulia yang dirakamkan dalam buku ini, sebahagian dari mereka diriwayatkan sering menemui Rasulullah s.a.w. dalam keadaan jaga. Dengan Karamah yang dikurniai Allah kepada mereka, pertemuan di antara para Aulia dengan Rasulullah s.a.w. itu adalah 'harus' dan tidak menghairankan. Mungkin cara pertemuan itu (antara Nabi dan Wali) adalah sama seperti pertemuan Nabi Muhammad s.a.w. dengan Nabi Musa a.s. dalam peristiwa Mikraj, hingga Allah berfirman (Sajadah : 23):
'Maka janganlah kamu ragu tentang pertemuanmu (dengan Musa ketika Mikraj).'
Dalam pertemuan (di antara Rasulullah s.a.w. dengan Nabi Musa a.s.) itu Nabi Muhammad s.a.w. telah bertanya sesuatu dan pertanyaan baginda telah dijawab oleh Nabi Musa a.s. Bahkan pertemuan dan soal-jawab di antara para Rusul itu berlaku juga di Masjid Al Aqsa di mana, menurut Hadis sahih, Nabi s.a.w. telah sembahyang berjemaah dengan mereka.
Oleh kerana para Anbia dan Mursalin yang ditemui oleh Rasulullah s.a.w. itu semuanya telah wafat, maka pertemuan Rasulullah s.a.w. dengan mereka itu ketika Mikraj adalah dengan Ruh mereka, yang telah digambarkan oleh Allah dalam bentuk jasad mereka yang asal.
Demikian juga halnya pertemuan di antara para Aulia dengan Rasulullah s.a.w. Para Aulia itu dizinkan bertemu dengan ruh Rasulullah (yang telah wafat), sedangkan mereka itu dalam keadaan jaga barkat dari Mukjizat baginda dan Karamah para Aulia itu sendiri.
Friday, February 25, 2011
Program Memantapkan Herbalis
Misi N Visi:
Melahirkan 10,000 Usahawan Herbalis dengan pendapatan 5K sebulan
Gerakerja:
1-Membina jaringan dengan mengaplikasikan kemahiran 'Diagnos & Rawat'.
2-Menjadikan 'Wajib Jual 2 Produk Sehari' sebagai budaya kerja.
2-Mewujudkan '1 Stop Center' d beberapa lokasi sekitar Lembah Klang dengan usahasama Herbalis yang milik "Pusat Rawatan" dan Herbalis yang bergerak bersendirian.
Semuga cetusan fikiran ini dapat diperbincangkan dengan lebih terperinci lagi oleh semua PEMIMPIN HPA dan HERBALIS JAWI.
Sent from my iPad (Ramly)
Sunday, January 23, 2011
Jantung Berlubang
Kesempurnaan tulang belakang pada awal pembentukan janin itu sangat penting bagi menentukan kesempurnaan anak yang bakal dilahirkan. Insyallah.
Bagi kes jantung berlubang, jika ada sesiapa yang hendak mencuba menggunakan rawatan secara tradisional dengan herba HPA boleh ia mencubanya.
Curcumin (herba kunyit) di ambil 2 biji, 3 kali sehari bersama air gamat secara istiqomah. Elok juga jika dibuka kapsul curcumin tersebut dan dicampurkan dalam segelas air suam.
Selain itu, boleh juga menggunakan ibu kunyit hidup sebesar 2 ibu jari. Parut ibu kunyit tersebut kemudian ditambahkan dengan air menjadi setengah gelas; bahagikan kepada 3 bahagian dan diminum waktu pagi, tengahari dan malam.
Air gamat juga diminum 3 kali sehari iaitu 1 sudu teh selepas makan. Kebiasaannya anak-anak kecil lebih mudah sembuh jika dibandingkan dengan orang dewasa. Resepi ini hendaklah diamalkan dengan penuh yaqin, mudah-mudahan Allah SWT akan memberikan kesembuhan kepada masalah tersebut.
Sent from my iPad (Ramly)
Wednesday, January 19, 2011
Garam Bukit Garam Laut
Garam Bukit
Garam bukit telah wujud secara fitrah semenjak jutaan tahun yang lalu. Ia adalah garam yang berasal dari kawasan gunung Himalaya. Ia adalah garam organik yang paling tulen, berkhasiat, bersih dan mempunyai struktur geometrik kristal yang sangat sempurna.
Garam semulajadi ini tidak perlu melalui proses penambahan bahan awet dan pewarna seperti garam dari laut. Warna asal garam bukit ini ada yang berwarna puteh, 'pink' dan kemerah-merahan; merupakan sumber yang bersih dan bebas dari sebarang pencemaran.
Garam bukit mengandungi 84 elemen semulajadi yang diperlukan oleh badan, sebaliknya garam laut selepas proses 'pembersihan' hanya mengandungi natrium, klorida dan bahan tambahan seperti kalsium karbonat, magnesium karbonat dan aluminium hidroksida. Aluminium merupakan salah satu faktor penyakit 'Alzheimer'.
Struktur atom garam bukit bukan berbentuk molekul, tetapi berbentuk caj letrik dan mampu membebaskan tenaga dalam badan dan membantu dalam proses metabolisma. Kekurangan garam ini akan menyebabkan badan kekurangan tenaga dan sistem saraf badan juga akan terjejas.
Kerana garam bukit ini garam semulajdi, badan tidak akan menolaknya keluar sebaliknya akan menerima kehadirannya di dalam badan. Oleh itu air di dalam sel badan tidak akan mengalir keluar dari sel untuk meneutralkan garam tersebut dan keseimbangan air dalam tubuh dapat dikekalkan.
Garam Laut
Garam laut merupakan garam makan yang telah disaring dan hampir asli (95% ataupun lebih). Pada kebiasaannya, ia mengandungi bahan yang mengelakkannya dari bergumpal.
Garam laut biasa mengandungi kandungan natrium yang amat tinggi sehingga 40%. Pengambilan natrium yang tinggi akan menyebabkan penyakit tekanan darah tinggi. Oleh itu mengurangkan pengambilan garam laut biasa dalam diet harian adalah disarankan.
Tubuh manusia mengenalpasti garam laut biasa sebagai racun dan bukan bahan semulajadi, dan cuba menyingkirkannya scepat mungkin untuk melindungi dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh untuk menyingkirkan garam laut terutama pada organ ginjal.
Apabila tubuh cuba menyingkirkan garam laut yang berlebihan, air adalah diperlukan untuk meneglilingi natrium klorida dan memecahkan molekul natrium klorida kepada ion natrium dan ion klorida. Penggunaan air yang tinggi akan menyebabkan sel badan mengalami penghidratan dan ini menjejaskan fungsi optimal badan.
Kesan penggunaan garam laut akan membentuk keasidan edema yang tinggi atau kelebihan cecair dalam tisu badan dan adalah punca penyebab terjadinya selulit. Untuk setiap 0.035 auns natrium klorida, badan akan menggunakan 23 kali ganda jumlah sel airnya untuk meneutralkan keasidan garam itu.
Sekiranya kandungan natrium klorida terlalu tinggi dan badan gagal menyingkirkannya, pengkristalan semula berlaku di mana badan akan menggunakan protein lemak haiwan yang tidak dicernakan untuk membentuk asid urik supaya dapat menghindarkan garam yang berlebihan.
Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urik, asid urik tersebut akan mengikat dirinya dengan natrium klorida untuk membentuk kristal baru dan menempatkan dirinya terus ke dalam sendi tulang dan berlakunya sakit sendi.
11f20:1225
Sent from my iPad (Ramly)
Wednesday, January 5, 2011
TIBBUN NABAWI
Nabi berkata, "Allah tidak menimpakan musibah ke atas orang mukmin melainkan kerana salah satu daripada dua perkata: mungkin dia mempunyai dosa yang tidak dapat diampunkan kecuali dengan cubaan itu. Kedua, dengan ujian itu darjatnya di sisi Allah dinaikkan." Dosa orang yang ikhlas menerima penyakit yang ditimpakan ke atasnya pula digugurkan, selain sikap sabar itu juga mempunyai nilai pahala yang besar.
Dunia Islam dan dunia barat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai penyakit. Bagi Islam, penyakit adalah kurniaan yang diberikan Allah kepada hamba yang dicintainya.
Menurut perubatan barat, penyakit disebabkan oleh interaksi antara bahagian di dalam tubuh dan elemen luaran. Jadi, biasanya ia hanya dapat diubati menggunakan cara luaran juga. Misalnya ubat berasaskan kimia yang diberikan kepada pesakit yang berfungsi menghambat respon badan kepada gangguan keseimbangannya. Apabila ini dilakukan secara berterusan, tubuh kita kehilangan kemampuan semula jadinya bagi membetulkan gangguan keseimbangan.
Terdapat beberapa perbezaan antara pola pemikiran berasaskan perubatan nabi dan pola pemikiran berasaskan perubatan barat. As-Suyuthi menyatakan penyakit dapat disebabkan oleh beberapa perkara iaitu gangguan udara, salah makan ataupun minum, kekeliruan gerak, rehat yang sedikit ataupun berlebihan, respon emosi yang berlebihan, istirehat emosi yang berlebihan, tidur dan berjaga yang tidak seimbang, adanya cecair yang berlebihan serta gangguan pengeluaran cecair tubuh.
Rehat yang berlebihan dapat melemahkan jasmani dan jiwa dan menyebabkan terkumpulnya tenaga atau 'chi' di dalam tubuh. Akibatnya, nutrien makanan tidak dapat diserap dengan baik. Peredaran darah juga menjadi perlahan hingga menyebabkan gangguan pada jantung dan otak.
Penyakit Hati
Berwaspada dengan kesan penyakit hati kepada kesihatan. Al-Ghazali menyatakan dendam menyebabkan barah. Sifat dengki pula merosakkan beberapa organ utama dan menyebabkan gangguan hormon. Ini seterusnya menyebabkan timbulnya penyakit seperti kencing manis. Begitu juga sifat dengki, sombong, suka memfitnah dan pendendam meningkatkan risiko dijangkiti barah dan hepatitis.
Di dalam sahih bukhari, nabi berkata, "Sifat iri hati itu memakan kebaikan seperti api memakan sekam." Kebaikan di sini termasuklah kesihatan.
Orang yang iri hati akan menyebabkan tubuhnya menghasilkan hormon 'kortisol' dan 'adrenalin'. Kedua-dua hormon ini menyebabkan "glukoneogenesis" (pembentukan gula di dalam darah meningkat) dan mengganggu degupan jantung. Malah mereka juga mudah diserang penyakit kencing manis, penyakit jantung, hyperthyroid, penyakit hati, sakit ginjal dan ulser kronik.
Rawatan Holistik Hati dan Qalbu
Rawatan holistik adalah rawatan yang merangkumi rawatan rohani dan jasmani. Qalbu itu umpama raja, raja yang baik akan memimpin rakyatnya kepada kebaikan. Hati itu umpama istana. Tiada seorang raja yang baik pun akan bersemayam di dalam istana yang kotor.
Untuk menjadikan qalbu yang baik, rawatan yang mujarab sudah tentulah dengan membanyakkan zikirullah. Bagi mereka yang memiliki qalbu yang berpenyakit, zikirullah merupakan suatu amalan yang pahit baginya.
Begitu juga halnya dengan hati, ia memerlukan herba yang bersifat pahit untuk merawatnya, herba yang boleh melakukan detok atau pencucian kepadanya. Untuk proses detoksifikasi yang lebih berkesan, herba pahit seperti pegaga disinergikan dengan ikan. Potensi keberkesan rawatannya menjadi 13 kali ganda.
Tanda-Tanda Kelemahan Pada Hati
Mata puteh yang berwarna merah atau kuning, menandakan hati sedang bermasalah. Merah menggambarkan panas, kuning menunjukkan berlaku infeksi pada hati. Hati yang panas perlu disejukkan.
Herba untuk rawatan hati dalam HPA ada 2 ; teja lawang dan pegaga. Teja lawang ada dalam produk HERBA TUJU ANGIN, sementara pegaga dalam TEH HERBA dan KORDIAL PEGAGA. Teja lawang bersifat KARMINATIF, sementara pegaga termasuk dalam kategori herba pahit.
TEH HERBA mengandungi 100% herba pegaga, sangat baik untuk merawat masalah hati bia dicampurkan dengan gula batu. Jika penyakit pada peringkat akut, cukup dengan menggunakan 1 uncang
Herba pahit bukan sahaja bersifat depuratif, malah airnya bersifat alkali. Pada peringkat awal; mata puteh warna merah, amalkan 1 uncang Teh Herba dicampurkan dengan gula batu untuk diminum 3 kali. Bila mata puteh jadi kuning, ambil 3 uncang untuk 3 cawan; Lebih pekat.
Sekiranya anda ingin menggunakan Kordial Pegaga untuk merawat masalah hati, gunakan 2 sudu besar dan dicampurkan dengan air 1 gelas, amalkan 3 x sehari.
Hati yang rosak boleh menyebab terjadinya penyakit busung. Jadikan air TEH HERBA sebagai mandian; iaitu rawatan herba ikut liang2 kulit.
Dos HERBA TUJU ANGIN pada peringakat awal adalah 2 biji x 3. Jika serius; amalkan 3biji 3X sehari. Untuk lebih efektif, buka kapsul + air panas, kacau dan minum. Untuk merawat hepatitis B , + omega3 sofgel, insyallah selepas 6 bulan virus hepatitis tersebut tidak dapat dikesan lagi.
Sent from iPad Hamba66 [Herbalis Ramly]