Saturday, December 17, 2011

AKUPUNTUR

Akupuntur berasal daripada perkataan Latin 'Acus' bermaksud jarum dan 'Pungere' bermaksud cucuk. Akupuntur ialah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum halus yang telah disteril pada titik tertentu pada badan.
Pada jarum-jarum halus tersebut sudah tersedia magnetik iaitu kuasa ubat terhadap jarum tersebut. Hal ini membolehkan pesakit berasa seperti berdenyut-denyut, kebas, berat dan bengkak apabila jarum tersebut ditusuk pada sesuatu titik pada badan.
Terdapat 365 titik akupuntur utama dan lebih 1,000 titik akupuntur luar biasa pada tubuh manusia. Sebahagian besar titik akupuntur tersebut digabungkan kepada 12 meridian yang mengawal sistem tubuh.
Seorang penyelidik kesakitan terkemuka, iaitu Dr. Ronald Melzack menyatakan bahawa tekanan pada titik-titik berkaitan dengan pola kesakitan dan sesuatu ransangan yang singkat tetapi berkeamatan tinggi dapat melegakan kesakitan. Selain itu penyelidikan saintifik akupuntur di Amerika Syarikat yang menunjukkan otak mengeluarkan endokrin yang boleh melegakan kesakitan secara semula jadi semasa rawatan akupuntur.
Rawatan melalui akupuntur mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat menyembuhkan banyak penyakit seperti gangguan dalam sistem pernafasan, gangguan sistem pencernaan seperti gastrik, sembelit. Selain itu, penggunaan kaedah rawatan akupuntur juga berkesan pada penyakit yang membabitkan disfungsi proses fisiologi sakit kepala, paru-paru, masalah haid dan masalah saraf.
Di Britain, para doktor telah menggunakan kaedah akupuntur bagi merawat sakit kepala dan migrin dengan jayanya apabila 80% daripada pesakit tersebut sembuh dengan sepenuhnya.
Disamping itu, beberapa orang doktor yang telah menyaksikan pembedahan menggunakan kaedah akupuntur mengakui bahawa di negara China rawatan akupuntur bukan sahaja tertakluk pada disfungsi proses fisiologi tetapi juga pada jenis penyakit yang memerlukan rawatan seperti pembedahan caesarean, tumor, pembedahan gigi dan paru-paru pesakit.
Kesemua pesakit berada dalam keadaan sedar dan tidak menerima sebarang ubat anestetik, hanya jarum akupuntur yang dirangsang dengan elektrik dimasukkan ke dalam kulit pesakit.
Benarlah sabdaan Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam, bahawa SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA dan BILA KAMU SAKIT BERUBATLAH, TETAPI JANGAN GUNAKAN YANG HARAM.

Sent from my iPad (Ramly)