Saturday, July 16, 2011

KESEMBUHAN ITU MILIK ALLAH

"Bila bertemu penyakit dengan ubatnya , maka sembuhlah penyakit itu"




Mata pesakit semasa mula-mula datang untuk membuat rawatan pada 08 OKT, 2008





Perubahan yang besar telah berlaku kepada mata pesakit setelah menjalani perawatan dengan kaedah PERUBATAN JAWI di PUSAT RAWATAN NURUL IMAN [SKRG RUMAH SIHAT THIBBULJAWI] di HULU LANGAT. Gambar IRIDOLOGI ini di ambil semasa pesakit datang membuat rawtan susulan pada 19 JUN, 2011.

Saturday, July 9, 2011

TARIQAT DAN SYARIAT


Seperti yang pernah dijelaskan oleh ulama, Tariqat hanyalah suatu cara atau wasilah untuk mempertingkat iman dan menghampirkan diri kepada Allah menerusi latihan dan amalan yang berdasarkan pada petunjuk Syariat.

Dalam pengertian lain, Tariqat berdiri di atas Syariat. Tanpa Syariat tidak mungkin ada Tariqat. Oleh itu pengasas Tariqat yang benar adalah orang-orang yang tinggi ilmu syariatnya, tinggi pula martabat takwa dan warak serta ikhlas beramal kerana Allah.

Hanya sesudah mendalami segala segi ilmu Syariat barulah seseorang itu layak meneroka ilmu Allah yang lain. Hanya dengan sendi ilmu Syariat yang kukuh, barulah seseorang itu akan terpelihara dari kesesatan ketika ia meneroka ilmu lain di sebalik ilmu Allah yang zahir.

Para Aulia adalah orang-orang yang dikurniai Allah dengan sebahagian ilmu-Nya yang maha luas dan yang tidak diberi kepada kebanyakan orang lain.

Di antara kesan atau ganjaran dari usaha mendekati dan menerokai ilmu Allah itu, para Aulia itu dikurniai Karamah oleh Allah, seperti Allah mengurniakan Mukjizat kepada para Rasul dengan kudrat dan iradat-Nya jua.

Berhubung dengan Tariqat yang diasaskan oleh para Aulia itu, telah dirumuskan bahawa Tariqat yang benar hendaklah berupa zikrullah yang diajarkan atau diterima secara langsung dari Rasulullah s.a.w.

Oleh kerana Tariqat dikenal hanya sesudah Nabi s.a.w. wafat, maka timbullah pertanyaan bagaimana Rasulullah s.a.w. yang telah wafat boleh memberikan zikir atau wirid Tariqat itu kepada sesiapa.

Untuk menyampaikan zikir itu pula pertemuan secara lansung harus berlaku di antara penerimanya dengan Rasulullah s.a.w. Maka timbul pula pertanyaan, apakah pertemuan itu berlaku dalam mimpi sahaja atau ketika penerima itu dalam keadaan jaga?

Dalam senarai kisah Karamah para Aulia yang dirakamkan dalam buku ini, sebahagian dari mereka diriwayatkan sering menemui Rasulullah s.a.w. dalam keadaan jaga. Dengan Karamah yang dikurniai Allah kepada mereka, pertemuan di antara para Aulia dengan Rasulullah s.a.w. itu adalah 'harus' dan tidak menghairankan. Mungkin cara pertemuan itu (antara Nabi dan Wali) adalah sama seperti pertemuan Nabi Muhammad s.a.w. dengan Nabi Musa a.s. dalam peristiwa Mikraj, hingga Allah berfirman (Sajadah : 23):

'Maka janganlah kamu ragu tentang pertemuanmu (dengan Musa ketika Mikraj).'

Dalam pertemuan (di antara Rasulullah s.a.w. dengan Nabi Musa a.s.) itu Nabi Muhammad s.a.w. telah bertanya sesuatu dan pertanyaan baginda telah dijawab oleh Nabi Musa a.s. Bahkan pertemuan dan soal-jawab di antara para Rusul itu berlaku juga di Masjid Al Aqsa di mana, menurut Hadis sahih, Nabi s.a.w. telah sembahyang berjemaah dengan mereka.

Allah berfirman (Az-Zuikhruf: 45): 'Dan tanyalah orang-orang yang kami utus sebelum kamu (wahai Muhammad) di antara para Rasul Kami itu.'

Oleh kerana para Anbia dan Mursalin yang ditemui oleh Rasulullah s.a.w. itu semuanya telah wafat, maka pertemuan Rasulullah s.a.w. dengan mereka itu ketika Mikraj adalah dengan Ruh mereka, yang telah digambarkan oleh Allah dalam bentuk jasad mereka yang asal.

Demikian juga halnya pertemuan di antara para Aulia dengan Rasulullah s.a.w. Para Aulia itu dizinkan bertemu dengan ruh Rasulullah (yang telah wafat), sedangkan mereka itu dalam keadaan jaga barkat dari Mukjizat baginda dan Karamah para Aulia itu sendiri.

Wallahu 'Alam

(Dipetik dari buku "Siapa Wali?" susunan MUSTAFFA SUHAIMI)