Sunday, December 26, 2010

PETA KE PUSAT RAWATAN YANG BARU

HARAP MAKLUM BAHAWA PEJABAT PUSAT STOKIS DAERAH KENDALIAN CIK SITI FATIMAH RAMLY YANG MENEMPATKAN PUSAT RAWATAN (HERBALIS JAWI) NURUL IMAN TELAH BERPINDAH KE LOKASI YANG BARU SEPETI DALAM PETA DI BAWAH INI:

View Herbalis Ramly Map in a larger map

Wednesday, June 30, 2010

HERBALOGI


PENGENALAN
Perubatan herba merupakan di antara kaedah perubatan tertua di dunia serta melibatkan penggunaan oleh sebanyak 80% komuniti dunia. Pengetahuan tentang tumbuh-tumbuhan sebagai ubatan telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

Hari ini para herbalis telah menggabungkan di antara pendidikan klinikal dan pengetahuan lampau dengan kajian-kajian terbaru bagi menghadapi dunia moden serta komtemporari. Ia juga turut diperlengkapkan lagi dengan kebolehan melakukan diagnosa samada oleh herbalis ataupun dengan bantuan alatan tertentu.

Herbalogi membawa pendekatan holistik di mana tidak berfungsinya satu bahagian tubuh menyebabkan ketidakseimbangan di bahagian lain. Jika tubuh tidak upaya melakukan kesimbangan semula maka timbullah penyakit. Di dalam diri manusia terdapat kekuatan penyembuhan yang datang daripada faktor spiritual, mental, emosi dan fizikal.

Herbalis melihat pesakit secara unik, tidak ada penyakit yang sama untuk semua orang. Dengan kaedah diagnosa dan sejumlah pertanyaan; seorang herbalis mencari petunjuk yang menyebabkan keluhan pesakit. Ini bererti sesuatu yang baik untuk seseorang pesakit mungkin tidak berapa sesuai untuk pesakit lain.

Tujuan pengambilan herba ialah untuk membantu penyembuhan fitrah dan mengembalikan keseimbangan tubuh, bukan hanya untuk menghilangkan gejala atau simtom penyakit. Ubat atau penawar yang diberikan berbeza bergantung kepada apa yang diperlukan untuk mendorong tubuh menjadi normal. Herbalis perlu berkeyakinan bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya sepertimana yng telah diberitahu oleh Rasulullah SAW sejak dahulu lagi.


HERBALISMA: BIARKAN MAKANAN MENJADI UBAT
Disamping memberikan ubatan herba; seseorang herbalis perlu mencari dan memperbaiki berbagai faktor yang mempengaruhi kesihatan pesakit. Makanan yang tertentu banyak mempengaruhi tahap kesihatan seseorang. Herbalis membantu pesakit mendapatkan makanan yang berzat, vitamin, mineral dan unsur-unsur yang lain. Sebahagian orang mempunyai tindak balas elergi (alahan) ataupun sensitif dalam makanan tertentu. Tujuan daripada pengubatan herba adalah untuk mengatasi kekurangan tersebut dan secara umum meningkatkan daya hidupnya (vitality).

Stress atau tekanan adalah faktor yang akan memperkembangkan penyakit, dengan ini herbalis akan mengajar teknik pernafasan dan menggunakan beberapa kaedah seperti aromaterapi, sauna, hipnotis dan riadah alami. Terdapat beberapa jenis herba yang menolong memberikan kesan sedatif ringan dan membolehkan pesakit mendapat tidur yang berkualiti. Herba tersebut adalah seperti mengkudu dan akar lalang.


HERBA UBATAN
Prinsip utama herbalogi ialah menggunakan semurni mungkin bahan-bahan daripada herba. Keseragaman kimia menghasilkan aktiviti yang luas di dalam tubuh. Dengan kaedah mengambil bahan-bahan aktif tertentu sahaja akan mengakibatkan berlakunya kesan-kesan sampingan dan tidak efektif disebabkan ketidakseimbangan biokimia.


TUMBUHAN
Herbalogi tidak menggunakan bahan isolasi ataupun bahan kimia sintetik atau ubatan dadah. Keseimbangan dan kepelbagaian bahan kimia dalam tumbuh-tumbuhan (fitokimia) menghasilkan aktiviti yang luas di dalam tubuh; ini juga dapat mengelakkan berlakunya kesan sampingan.

Banyak contoh penelitian apabila bahan aktif yang tertentu sahaja (ekstrak tungal) yang digunakan ia menghasilkan bahan yang sangat beracun dan tidak efektif. Bahan kimia kompleks dalam tumbuh-tumbuhan lebih mudah dicerna dan lebih sedikit kesan sampingannya. Oleh sebab itu apabila terdapt 40 jenis bahan aktif dalam sesuatau herba lebih baik pengambilannya dalam bentuk gabungan alami. Selain daripada itu herba sering disinergikan bagi menguatkan potensi ramuan tersebut. Herba memberikan pengubatan yang lembut dalam membantu penyembuhan.


SIFAT PENYAKIT
Sakit adalah hasil kerja tubuh dalam usahanya untuk memulih keseimbangan dan keselarasan; oleh sebab itu pengubatan ditujukan untuk mendokong mekanisma penyembuhan diri tubuh (self healing mechanism), bukan menekannya. Sakit sebenarnya adalah perlawanan tubuh terhadap penyakit; oleh itu dengan menghilangkan tanda penyakit tidak bererti menghilangkan penyakit; mungkin hanya tandanya sahaja yang dihilangkan (rawatan simtom).

Herbalisma berupaya mempertahankan fungsi normal tubuh sesihatnya. Tubuh mengeluarkan zat racun melalui organ penyingkiran, oleh sebab itu perlu dijaga organ-organ ini seperti usus besar dan ginjal. Sistem peredaran darah juga penting dan banyak herba yang digunakan untuk melancarkan peredaran darah keseluruh tubuh.

Herba yang diberikan bersifat perangsang atau meredakan tekanan pada saraf. Boleh juga diberikan ubat yang akan mengembalikan fungsi normal saraf setelah ia mengalami stress. Memulihkan keseimbangan atau homeostasis adalah tujuan herbalis dalam merawati penyakit. Istilah yang tepat untuk mengamalkan hal ini ialah adaptogenis. herba-herba digunakan terutama untuk mendokong fungsi kelenjar adrenal. Menurut herbalisma; mengenal penyakit bererti mengenal seluruh tubuh peribadi pesakit, reaksinya terhadap penyakit, potensi semua fungsi tubuh untuk mengembalikan kesihatan. Fungsi tubuh ini bergantung kepada kesediaan makanan, peredaran darah, penyingkiran bahan beracun, kerja sistem saraf yang baik dan kesimbangan hormon.


PENGAJARAN DAN PENGHARAPAN
Seorang herbalis yang terlatih perlu mempunyai pengalaman yang luas bagi memastikan herba dan penentuan penyakit tepat dengan melakukan diagnosa. Ilmu pengubatan herba bukan sekadar perbincangan ilmiah yang bersifat teori dan retorik semata-mata; lantas meninggalkan medan amali.

Gabungan dripada pelbagai kemahiran inilah yang akan mengangkat martabat seseorang herbalis itu diterima oleh masyarakat tanpa keraguan. Sekiranya dunia yang membangun bersama slogan "Kembali Kepada Alamiah" tidak ditanggapi oleh herbalis tempatan nanti segala hasil bumi yang diwariskan kepada hamba-hamba-NYA akan diambil orang.


(Dipetik drpd Buku “Pengubatan Holistik (JAWI) HHC kali pertama pada 24 Jan 2004)

Sunday, May 23, 2010

PENYAKIT UNSUR PANAS

Air merupakan diantara keperluan tubuh yang utama untuk ia sentiasa segar dan sihat. 75% daripada tubuh adalah air.

Bila tubuh kekurangan air, ia akan memberi isyarat kepada kita dengan merasa haus, badan menjadi panas, perut rasa panas, muka merah, urin bertukar warna menjadi kuning kemerah-merahan, sakit dada, sakit sendi, sakit kepala dan sakit pinggang. Kadang-kadang bila tidur ia bermimpi sungai dan laut.

Akibat daripada kekurangan air dalam tubuh boleh menyebabkan asma pada kanak-kanak, kerosakan genetik, elergi, sembelit, hipertensi, penyakit autoimun dan kanser.

Tanda-tanda lain yang berlaku dan boleh dikaitkan dengan kekurangan air:
1-rasa letih
2-cepat marah
3-cemas
4-tidak sabar.

Gejala panas yang berlaku akibat kekurangan air atau pun dengan sebab pengambilan ubatan antasid dan ubatan kimia sintetik; akan memberi kesan kepada saraf dan hormon seperti susah tidur (insomnia) dan gangguan peredaran haid pada wanita. Bila tubuh panas, nadi akan berdenyut laju melebihi 80 detik/minit.

Untuk merawat masalah penyakit panas yang disebabkan oleh kekurangann air ini hendaklah seseorang itu mengatasi punca masalah tersebut dengan membanyakkan minum air. Seeloknya air tersebut dimasukkan sedikit garam bukit untuk memudahkan penyerapan. Sekiranya berlaku keadaan panas yang melampau; terutamanya pesakit muntah bila minum atau makan, selaput putih yang ada di atas lidah semakin menebal, maka pesakit hendaklah diberikan air rosel atau air asam jawa secara berdikit2 tetapi kerap.

Umumnya dalam perawatan alternatif dan komplimentari yang menggunakan herba, penyakit panas ini dirawat dengan menggunakan herba yang berunsur sejuk. Penyakit nsejuk pula dirawat dengan herba yang berunsur panas.

Seseorang yang berpenyakit panas seperti hipertensi, air kencingnya sedikit dan gelap. Penyakit-penyakit panas yang disebabkan oleh keracunan tinggi seperti kanser, rambut menjadi pecah atau gugur.

Untuk merawat penyakit yang bersifat panas ini, panas perlu dikeluarkan terlebih dahulu dengan minum banyak air yang dimasukkan sedikit garam bukit. Panas akan keluar daripada tubuh melalui urin, buang air besar dan perpeluhan. Herba yang sesuai untuk tujuan ini adalah MALAC, PELAWAS dan HERBA TUJU ANGIN.



Friday, May 14, 2010

SALAM PERKENALAN

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT di atas limpah rahmat dan taufiq hidayah-NYA yang telah memberikan kelapangan masa kepada saya untuk menulis serba sedikit tentang perawatan yang menggunakan herba.

Selawat dan salam dipanjatkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wassalam serta keluarganya yang diberkati Allah SWT dan tidak lupa kepada para-para SOLEHIN dan MUQORROBIN yang sentiasa mencari keredzaan ALLAH SWT.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Tuan Hj Ismail Ahmad, Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd yang telah memberi peluang kepada saya untuk mempelajari ilmu PERUBATAN JAWI ini dan mempraktikkannya dengan bimbingan yang telah beliau berikan sehingga saya mencapai ke satu tahap kepakaran yang ada masakini.

Para-para herbalis dan blogger yang dirahamati ALLAH SWT,

Manusia kini telah mula sedar dan memahami betapa pentingnya mereka "Kembali Ke Alam Semulajadi" (Back to Nature). Para saintis serta para ahli nutrisi telah mengakui bahawa perubatan barat (alopati) walaupun dikatakan menangani penyakit, namun kaedah yang digunakan membawa banyak keburukan dari kebaikan. Ini terbukti dengan wujudnya pelbagai kesan sampingan yang menakutkan setelah mengamalkan perubatan yang menggunakan dadah dan kimia sintetik.

Pengubatan yang berasaskan kepada bahan alamiah yang sumber utamanya daripada tumbuh-tumbuhan yang bebas dari campur tangan manusia dan sumber haiwan yang halal seperti ikan; telah membuahkan kesembuhan kepada pesakit yang telah mengubah 'mind set' mereka disamping mengamalkan herba-herba yang diberikan oleh HERBALIS dengan istiqomah.

Sebagai seorang Herbalis Muslim, kami berkeyakinan bahawa hakikatnya segala kesembuhan adalah dari ALLAH SWT yang bersifat ASY SYAFI. Kaedah perawatan yang betul dengan penghayatan ilmu yang dipelajari dalam merawat pesakit adalah merupakan ikhtiar kita sebagai hamba ALLAH SWT agar segala usaha yang dilakukan berbetulan dengan rahmat ALLAH SWT dan menjadi satu ibadah jua.

Akhir sekali saya ingin mengajak kepada semua perawat Muslim, tidak kira dari kefahaman mana sekalipun agar kita dapat bersatu di bawah payung PERUBATAN ISLAM yang mengambil rujukan dari ALQURAN dan HADIS supaya dapat bersama-sama mengembeling fikiran dan tenaga untuk menghayati semula kaedah perawatan yang telah dipraktikkan oleh RASULULLAH S.A.W dan SAHABAT-SAHABAT baginda agar ummah ini dapat mengecapi akan kesihatan yang hakiki iaitu kesihatan zahir (fizikal) dan bathin (rohani) secara HOLISTIK.

Ini merupakan pembuka tirai kepada kepada satu alam perubatan yang masih baru saya ceburi dan saya mengharapkan tunjuk ajar dan bimbingan yang ikhlas dari mereka yang telah lama dalam bidang ini semuga ianya akan memberi manfaat yang banyak kepada ummah dan menjadi amal jariah yang ganjaranya tidak putus-putus sehingga hari kiamat kelak.

INSYALLAH ... MASYALLAH ... LA HAULA WALA