Friday, May 14, 2010

SALAM PERKENALAN

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT di atas limpah rahmat dan taufiq hidayah-NYA yang telah memberikan kelapangan masa kepada saya untuk menulis serba sedikit tentang perawatan yang menggunakan herba.

Selawat dan salam dipanjatkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wassalam serta keluarganya yang diberkati Allah SWT dan tidak lupa kepada para-para SOLEHIN dan MUQORROBIN yang sentiasa mencari keredzaan ALLAH SWT.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Tuan Hj Ismail Ahmad, Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd yang telah memberi peluang kepada saya untuk mempelajari ilmu PERUBATAN JAWI ini dan mempraktikkannya dengan bimbingan yang telah beliau berikan sehingga saya mencapai ke satu tahap kepakaran yang ada masakini.

Para-para herbalis dan blogger yang dirahamati ALLAH SWT,

Manusia kini telah mula sedar dan memahami betapa pentingnya mereka "Kembali Ke Alam Semulajadi" (Back to Nature). Para saintis serta para ahli nutrisi telah mengakui bahawa perubatan barat (alopati) walaupun dikatakan menangani penyakit, namun kaedah yang digunakan membawa banyak keburukan dari kebaikan. Ini terbukti dengan wujudnya pelbagai kesan sampingan yang menakutkan setelah mengamalkan perubatan yang menggunakan dadah dan kimia sintetik.

Pengubatan yang berasaskan kepada bahan alamiah yang sumber utamanya daripada tumbuh-tumbuhan yang bebas dari campur tangan manusia dan sumber haiwan yang halal seperti ikan; telah membuahkan kesembuhan kepada pesakit yang telah mengubah 'mind set' mereka disamping mengamalkan herba-herba yang diberikan oleh HERBALIS dengan istiqomah.

Sebagai seorang Herbalis Muslim, kami berkeyakinan bahawa hakikatnya segala kesembuhan adalah dari ALLAH SWT yang bersifat ASY SYAFI. Kaedah perawatan yang betul dengan penghayatan ilmu yang dipelajari dalam merawat pesakit adalah merupakan ikhtiar kita sebagai hamba ALLAH SWT agar segala usaha yang dilakukan berbetulan dengan rahmat ALLAH SWT dan menjadi satu ibadah jua.

Akhir sekali saya ingin mengajak kepada semua perawat Muslim, tidak kira dari kefahaman mana sekalipun agar kita dapat bersatu di bawah payung PERUBATAN ISLAM yang mengambil rujukan dari ALQURAN dan HADIS supaya dapat bersama-sama mengembeling fikiran dan tenaga untuk menghayati semula kaedah perawatan yang telah dipraktikkan oleh RASULULLAH S.A.W dan SAHABAT-SAHABAT baginda agar ummah ini dapat mengecapi akan kesihatan yang hakiki iaitu kesihatan zahir (fizikal) dan bathin (rohani) secara HOLISTIK.

Ini merupakan pembuka tirai kepada kepada satu alam perubatan yang masih baru saya ceburi dan saya mengharapkan tunjuk ajar dan bimbingan yang ikhlas dari mereka yang telah lama dalam bidang ini semuga ianya akan memberi manfaat yang banyak kepada ummah dan menjadi amal jariah yang ganjaranya tidak putus-putus sehingga hari kiamat kelak.

INSYALLAH ... MASYALLAH ... LA HAULA WALA


No comments: