Sunday, May 23, 2010

PENYAKIT UNSUR PANAS

Air merupakan diantara keperluan tubuh yang utama untuk ia sentiasa segar dan sihat. 75% daripada tubuh adalah air.

Bila tubuh kekurangan air, ia akan memberi isyarat kepada kita dengan merasa haus, badan menjadi panas, perut rasa panas, muka merah, urin bertukar warna menjadi kuning kemerah-merahan, sakit dada, sakit sendi, sakit kepala dan sakit pinggang. Kadang-kadang bila tidur ia bermimpi sungai dan laut.

Akibat daripada kekurangan air dalam tubuh boleh menyebabkan asma pada kanak-kanak, kerosakan genetik, elergi, sembelit, hipertensi, penyakit autoimun dan kanser.

Tanda-tanda lain yang berlaku dan boleh dikaitkan dengan kekurangan air:
1-rasa letih
2-cepat marah
3-cemas
4-tidak sabar.

Gejala panas yang berlaku akibat kekurangan air atau pun dengan sebab pengambilan ubatan antasid dan ubatan kimia sintetik; akan memberi kesan kepada saraf dan hormon seperti susah tidur (insomnia) dan gangguan peredaran haid pada wanita. Bila tubuh panas, nadi akan berdenyut laju melebihi 80 detik/minit.

Untuk merawat masalah penyakit panas yang disebabkan oleh kekurangann air ini hendaklah seseorang itu mengatasi punca masalah tersebut dengan membanyakkan minum air. Seeloknya air tersebut dimasukkan sedikit garam bukit untuk memudahkan penyerapan. Sekiranya berlaku keadaan panas yang melampau; terutamanya pesakit muntah bila minum atau makan, selaput putih yang ada di atas lidah semakin menebal, maka pesakit hendaklah diberikan air rosel atau air asam jawa secara berdikit2 tetapi kerap.

Umumnya dalam perawatan alternatif dan komplimentari yang menggunakan herba, penyakit panas ini dirawat dengan menggunakan herba yang berunsur sejuk. Penyakit nsejuk pula dirawat dengan herba yang berunsur panas.

Seseorang yang berpenyakit panas seperti hipertensi, air kencingnya sedikit dan gelap. Penyakit-penyakit panas yang disebabkan oleh keracunan tinggi seperti kanser, rambut menjadi pecah atau gugur.

Untuk merawat penyakit yang bersifat panas ini, panas perlu dikeluarkan terlebih dahulu dengan minum banyak air yang dimasukkan sedikit garam bukit. Panas akan keluar daripada tubuh melalui urin, buang air besar dan perpeluhan. Herba yang sesuai untuk tujuan ini adalah MALAC, PELAWAS dan HERBA TUJU ANGIN.



Friday, May 14, 2010

SALAM PERKENALAN

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT di atas limpah rahmat dan taufiq hidayah-NYA yang telah memberikan kelapangan masa kepada saya untuk menulis serba sedikit tentang perawatan yang menggunakan herba.

Selawat dan salam dipanjatkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wassalam serta keluarganya yang diberkati Allah SWT dan tidak lupa kepada para-para SOLEHIN dan MUQORROBIN yang sentiasa mencari keredzaan ALLAH SWT.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Tuan Hj Ismail Ahmad, Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd yang telah memberi peluang kepada saya untuk mempelajari ilmu PERUBATAN JAWI ini dan mempraktikkannya dengan bimbingan yang telah beliau berikan sehingga saya mencapai ke satu tahap kepakaran yang ada masakini.

Para-para herbalis dan blogger yang dirahamati ALLAH SWT,

Manusia kini telah mula sedar dan memahami betapa pentingnya mereka "Kembali Ke Alam Semulajadi" (Back to Nature). Para saintis serta para ahli nutrisi telah mengakui bahawa perubatan barat (alopati) walaupun dikatakan menangani penyakit, namun kaedah yang digunakan membawa banyak keburukan dari kebaikan. Ini terbukti dengan wujudnya pelbagai kesan sampingan yang menakutkan setelah mengamalkan perubatan yang menggunakan dadah dan kimia sintetik.

Pengubatan yang berasaskan kepada bahan alamiah yang sumber utamanya daripada tumbuh-tumbuhan yang bebas dari campur tangan manusia dan sumber haiwan yang halal seperti ikan; telah membuahkan kesembuhan kepada pesakit yang telah mengubah 'mind set' mereka disamping mengamalkan herba-herba yang diberikan oleh HERBALIS dengan istiqomah.

Sebagai seorang Herbalis Muslim, kami berkeyakinan bahawa hakikatnya segala kesembuhan adalah dari ALLAH SWT yang bersifat ASY SYAFI. Kaedah perawatan yang betul dengan penghayatan ilmu yang dipelajari dalam merawat pesakit adalah merupakan ikhtiar kita sebagai hamba ALLAH SWT agar segala usaha yang dilakukan berbetulan dengan rahmat ALLAH SWT dan menjadi satu ibadah jua.

Akhir sekali saya ingin mengajak kepada semua perawat Muslim, tidak kira dari kefahaman mana sekalipun agar kita dapat bersatu di bawah payung PERUBATAN ISLAM yang mengambil rujukan dari ALQURAN dan HADIS supaya dapat bersama-sama mengembeling fikiran dan tenaga untuk menghayati semula kaedah perawatan yang telah dipraktikkan oleh RASULULLAH S.A.W dan SAHABAT-SAHABAT baginda agar ummah ini dapat mengecapi akan kesihatan yang hakiki iaitu kesihatan zahir (fizikal) dan bathin (rohani) secara HOLISTIK.

Ini merupakan pembuka tirai kepada kepada satu alam perubatan yang masih baru saya ceburi dan saya mengharapkan tunjuk ajar dan bimbingan yang ikhlas dari mereka yang telah lama dalam bidang ini semuga ianya akan memberi manfaat yang banyak kepada ummah dan menjadi amal jariah yang ganjaranya tidak putus-putus sehingga hari kiamat kelak.

INSYALLAH ... MASYALLAH ... LA HAULA WALA